Mengupas Syair: "Lemas" seperti yang dipersembahkan oleh a L i. Adhicipta (M) Sdn Bhd. Semua Hakcipta Terpelihara. Artwork/XHTML © 2008 Troka Estate. [All Rights Reserved]

Friday, July 18, 2008

Lemas ("The Album" Version)

Ada pusaran tara syurga dan neraka
Setelah terpisah sekian lama

Tidak ada apa-apa pun yang menyerupainya
Ia terlalu jauh dari sini

Tetapi mereka yang telah ke sana kembali dengan kisah mencari warna
Iaitu warna yang terhilang sebelum kejadian kita

Warna yang di udara, dan di bunyian dan di jernih kaca
Bersiap-siaplah untuk perasaan yang luar dari jangkaan

Bila udara yang diambil dan bunyi yang diterima menjadi tumpat di mata
Dan langit merah, awan hijau
Lalu dengan pantas tiada lagi perasaan
Seolah-olah mata dan telinga kebas, lemas dan yang bernafas cumalah hati dan nurani

Tetapi mereka yang telah ke sana kembali dengan kisah mencari warna
Yakni warna yang terhilang sebelum kejadian kita

Warna yang di udara, dan di bunyian dan di jernih kaca
Bersiap-siaplah untuk perasaan yang luar dari jangkaan

Bila udara yang diambil dan bunyi yang diterima menjadi tumpat di mata
Dan langit merah, awan hijau
Lalu dengan pantas tiada lagi perasaan
Seolah-olah mata dan telinga kebas, lemas dan yang bernafas cumalah hati

Bila udara yang diambil dan bunyi yang diterima menjadi tumpat di mata
Dan langit merah, awan hijau
Lalu dengan pantas tiada lagi perasaan (Dan langit merah, awanan nan hijau)
Seolah-olah mata dan telinga kebas, lemas dan yang bernafas cumalah hati

No comments: